Sunday, January 17, 2010

Kepada Saudara Kita yg keliru

Assalamualaikum Warohmatullah,

Kerana beberapa email telah 'terlatun' ke dalam email box saya ttg saudara kita yg pernah belajar 5 tahun di Indonesia, sehingga dia gusar akibat "kekeliruan" yg dialami akibat penggunaan perkataan ALLAH oleh bukan islam.

Walaupun ceritanya agak "sensasi",  pengalaman dan "kekeliruan" saudara kita ini tidaklah boleh dijadikan 'fatwa' untuk menghalang pada apa yg telah termaktub dalam al-quran, sunnah dan sirah perkembangan islam, yg mana perkataan ALLAH itu telah dikenali dan digunakan sebagai ALLAH oleh semua ummat manusia!

Anda boleh semak, susunan ayat al-quran (dalil) yg telah di susun khas utk menjelaskan ttg penggunaan nama ALLAH oleh seluruh ummat manusia.. Saya paparkan 2 daripada ayat-ayat yg disusun dan selanjutnya boleh dicapai melalui link dibawah nanti.


Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Selanjutnya:
Susunan Dalil Ayat Al-quran


Sudah pun 52thn merdeka, dan yg memerintah itu org ISLAM (melayu) mengapa mesti ada lagi org yg boleh terkeliru seperti saudara kita yg menceritakan kisah kekeliruannya ini?! Adakah ayat2 al-quran yg disusun (seperti diatas) baru tahun ini atau 2 atau 3 tahun tercatit? Jadi, jika alasan byk orang2 islam di M'sia masih kurang "fasih" ilmu islamnya? Mengapa tidak "difasihkan" kerana BERGENERASI sesudah MERDEKA orang islam memerintah sendiri negara MALAYsia ini? 

Cuba kita muhasabah diri kita sendiri, dan lihat sekitar dan lumrah masyarakat sekarang..orang kita melayu/islam berkata.. "oh my god"!, "oh gosh"! "oh goddess"!, tak perlu pun kecoh2 isu ini dah MMG BYK YG SESAT PUN!


Persoalanya sekarang masalah "kekeliruan" saudara kita ini terjadi atas kurang keilmuan atau atas penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan muslim itu tadi? Kerana apa, apabila kita mengucap "syahadah" dalam solat 5 kali sehari (sekurang2nya) kita sudah patut jelas utk mengikat hati/iman kita, bahawa tidak ada tuhan (LA ILAH) melainkan ALLAH (baik di langit/bumi/atau mana2 pun) Nabi SAW adalah kekasih/utusanNYA dan hanya ISLAM direstuinya sehingga KIAMAT (end-of-the-day), dan AL-Quran adalah kitab suci yg diberi dan akan terus dipelihara (oleh ALLAH)  dan WAJIB menjadi ikutan sehingga KIAMAT ..

Maka kita TIDAK berkait dgn apa jua pun dan dgn mana2 ajaran/artikel yg cuba mempromosikan luar dari "tauhid" kita ini.. "la kum diinukum waliyadiin" (KAMU agama/cara KAMUdan  AKU agama/cara AKU)

Walau-bagaimanapun, saya berpendapat dalam situasi di Malaysia pada ketika ini, mungkin wajar ditangguhkan sementara  dan KERAJAAN(yg punyai tampok kuasa) bertanggungjawab dan perlu bergerak untuk majlis2 dialog, penerangan dan program2 mengukuhkan fahaman rakyat akan isu ini !! (bukan melaga-lagakan)

TIDAK boleh dan TIDAK wajar utk "MENGHARAMKAN"(secara kekal), kerana nama ALLAH adalah hak ALLAH dan telah diberikan pada seluruh makhluk dilangit dan dibumi kerana DIA lah satu2nya tuhan/god yg wujud dan tidak ada satu pun yg setara dgnnya!

Wallahua'Alam

1 comments:

Jae Senn said...

Sokong!!

Very, very well said!!!