Setelah diumumkan calon-calonnya pada hari Sabtu yang lalu, setakat masa ini, daripada 4 orang calon, tinggal 3calon kerana seorang lagi calon secara 'sembrono' dan 'tiba-tiba' lagi mengejut terasa cinta yang amat mendalam pada parti lamanya..@BN@UMNO@MIC
Wisel telah ditiupkan, perlawanan telah bermula...
Ini bukan mirip perlawanan bola, tetapi lebih mirip perlawanan pantun yang sememangnya UMNO dgn dibantu oleh rakan-rakan dan kuncu-kuncunya yang cukup handal dalam lapangan ini.
Apa cerita UMNO?
1. Zaid Ibrahim Kaki Minum...? Akan berulang-ulang sampai hari mengundi.. perlu didedah ker gambar2 pemimpin BN dari Ketuanya UMNO sampai MIC dll... dari JD,Carlsberg, smpai ker kasino dan anak-anak orang, sampai ker c4??
2. Mengapa Anwar Pilih Calon yg kurang sihat dahulu... YB-YB, Dato'-Dato', Tan Sri-Tan Sri yang ader skrg ni, sihat sgt ker?? Agak2 lama lagi ker nak berjumpa sakaratul-maut??
3. Anwar cuba mengalih isu dari tuduhan liwat... Tanya Al-sheikh Prof Yusof Al-Qardhawi lah....
4. Pas berkompromi pasal hudud... UMNO nie dari dulu memperjuangkan hudud dan islam ker?? Mintak tolong sikit al-sheikh al-kabir wal fadhil al ustaz dalam UMNO dan sekutunya jawab masalah besar ni dulu
5. Ezam akan dedah itu, akan dedah ini..?? Tak payah la, seksi sangat ker nak dedah-dedah?? Meghapu jer mamat ni. "ignore" atau "abaikan" saja ROBOT kehabisan bateri UMNO nie...
6. Model Ekonomi Baru, 1Malaysia? Dasar melambung melangit, bagus sana dan sini.. tak turun ke bumi.. kalau yang menjalankan dasar dok orang yang sama "kaut" kiri masuk kanan, "kaut" kanan masuk kiri.. ke mana pun agenda2 nie semua.. duit rakyat, buat mcm duit "mak bapak" sendiri, tak tahu malu, lepas tuh nak dok "melalak" bela melayu, rakyat semua didahulukan, membela bangsa dan agama...
Soalan: Orang-orang Hulu Selangor ni bodoh sangat ka?? Tolong ajar sikit diorang yang tak paham2 ni...
Jadi, Kepada pengundi-pengudi yang bijak lagi laksana di Hulu Selangor, kalau BN/UMNO datang dok dendang pantun dongengnya, Tanya APA CERITA mereka ini? APA CERITA PINJAMAN TEKUN UTK ORG MUDA DAN PENIAGA KECIL KAT SINI? APA CERITA TANAH2 FELDA YG TELAH 'DIURUSKAN' DULU?, APA CERITA APCO DAN KONTRAK2 KEPADA SYARIKAT YAHUDI-ZIONIST? APA CERITA DULU BN/UMNO LEBIH 50tahun TAK BOLEH BAGI SETITIK PUN AIR PERCUMA? APA CERITA NASIB SEKOLAH DAN PEMBELAJARAN MASYARAKAT INDIA YG MEREKA JANJI DAN ABAIKAN? APA CERITA ADA KAWAN2 AKU MAT-MAT DESPATCH GAJI 700 LAGI...? APA CERiTA TEOH BENG HOCK, KUGAN dll...
Pakatan Rakyat perlu terus mengajak orang-orang HULU SELANGOR fikir APA CERITA NI SEMUA? Beberapa APA CERITA di atas adalah isu-isu "Pekat" di bawah oleh penduduk di Hulu Selangor, berikan Alternatif solusi terbaik kepada permasalahan ini...
Teruskan cerita-cerita sukses story kerajaan Negeri Selangor dan peluang2 yang mungkin masyarakat boleh dapat, pohon dan menilai daripada polisi2 dan program2 yang diwujudkan kerajaan Negeri..
Tak perlu layan, pantun-pantun dendangan UMNO/BN, cuma mintak tolong mereka jawab APA CERITA NI, boleh?
Thursday, April 15, 2010
Apa Cerita???
Selamat Mengundi, dan Selamat Memacu Perubahan Pemikiran Rakyat..!!
Labels: Sebaran UMUM
Posted by the Milestone at 9:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment