Monday, March 29, 2010

Mana Pegi Kita Punya?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.

"Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA, baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya.
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.

Ini ekoran, pada masa ini Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja.

Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.

Pada 30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.

Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB."Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.

Thursday, March 25, 2010

Gambar Yang Amerika Tidak Mahu Lihat

Kita selalu lihat gambar-gambar kemusnahan akibat peperangan yg "direka" oleh penjahat-pejahat "exclusive" barat yang telah memusnahkan kehidupan manusia terutama di blok-blok negara-negara islam dan di timur tengah.
Kali ini di paparkan pula, gambar-gambar yg mereka tidak ingin lihat akibat dari permusuhan dan kemusnahan yg diketuai oleh penjahat-pejahat 'exclusive' dikalangan mereka ini.



Untuk melihat semua gambar-gambar terkumpul ini, sila klik http://www.ikhwanweb.net



Sesungguhnya islam tidak mengajak kepada segala kemusnahan dan permusuhan...

Islam menjanjikan KEADILAN untuk semua dan PERDAMAIAN adalah keutamaan dalam menjalin hubungan dengan sesama manusia tidak kira bangsa, negara, warna kulit, pegangan agama, dll..


Wallahu'Alam