Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan  tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada  Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang  diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.
"Kita  tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA,  baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang  juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.
Sehubungan  itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan  untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno  tersebut.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh  tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang  hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya. 
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52  bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.
Ini ekoran, pada masa ini Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion  sahaja.
Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar  elektronik Bernama, Jun tahun lalu.
Pada 30 Jun tahun lalu, Najib  berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion  saham masih tersisa di tangan Bumiputera.
Disebabkan itu, beliau  berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti  yang disasarkan melalui DEB."Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana  perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua  Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera  benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera  melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.
"Kalau  RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti  akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang)  diumumkan Perdana Menteri," ujar beliau.
Tambahnya lagi,  sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan  Bumiputera di tanah air, Najib seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni  terbabit secara telus dan terbuka.
Monday, March 29, 2010
Mana Pegi Kita Punya?
Posted by the Milestone at 2:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment