Sunday, April 4, 2010

2 Perkara Besar Yang Dibisukan. Mengapa?

Dalam sebulan ini isu di Malaysia sebenarnya telah gegarkan dengan gesaan yang berupa fatwa (terjemahan penuh fatwa) oleh Syeikh al-kabir Prof Dr. Yusof Qardhawi (Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia, Penerima Anugerah Maal Hijrah Malaysia 1430H/2009M) khusus dan menjurus isu fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim. Dan yang terkini 'lontaran' hujah Anwar Ibrahim di Parlimen dan telah dijawab juga di Parlimen mengenai penglibatan firma APCO yang ada hubungan strategik secara lanjut dengan kerajaan ISRAEL-ZIONIST yang dilantik menjadi penasihat komunikasi strategik Najib dan Kerajaan Malaysia teraju BN.

2 isu ini, yang saya yakin telah pun diketahui umum dan di ketahui juga oleh agen-agen kerajaan yang berkaitan tetapi secara realiti teknikalnya sekarang cuba dibisukan atau di'neutralize'kan oleh mereka ini. Mengapa? Adakah perlu saya lanjutkan?

Tidakkah anda hairan, 2 isu ini yang mempunyai impak yang sangat besar dalam masyarakat dan Malaysia bukan sahaja kaitan dengan keselamatan dan hubungan masyarakat bahkan ianya berkait terus dengan hukum dan syariat yang mana masyarakat bertanggungjawab kepada Allah SWT dibisukan oleh mereka-mereka yang punyai kapasiti dan berkepentingan.

Isu pertama, mengenai gesaan/fatwa Syeikh al-kabir Prof Dr. Yusof Qardhawi. Sekiranya fatwa yang dikeluarkan oleh beliau mungkin ada kecacatan atas sebab tidak tahu / memahami kes Liwat ini secara 'detail', mengapa tidak JAKIM/Majlis Fatwa Ulama Malaysia mengeluarkan satu kenyataan balas atau mengulas fatwa Syeikh al-kabir Prof Dr. Yusof Qardhawi itu 'tidak tepat'. Jadi Apa kesannya? Tidakkah anda semua risau akibat dari fitnah liwat ini telah lahirnya 'status baru' bagi orang-orang yang terlibat sebagai MUNAFIQ dan penyebar maklumatnya sebagai FASIQ.

Sehingga kini masih ramai masyarakat secara hakiki atau 'virtual' membuat kenyataan penyebaraan akan isu ini terutama oleh surat-surat akhbar kerajaan, agensi-agensi penerangan kerajaan dan pengikut-pengikut kerajaan di laman facebook. Tahukah anda bahawa, orang-orang fasiq ini tidak boleh menjadi wali dan saksi? Dan jika mereka menjadi wali/saksi perkahwinan itu adalah tidak SAH / terbatal dan adakah anda tidak terfikir akan lahir keturunan2 diragui dan 'cacat' yang akan menambahkan lagi 'penyakit' dan masyarakat yang sudah dikirakan tenat ini? Tidakkah anda terfikir dan bimbang, ditaqdirkan ALLAH, anak-anak kita, cucu-cucu kita yang akan menjadi pasangan kepada keturunan yang 'diragui dan cacat' ini?! Jadi mengapa isu ini dibisukan? Perlu anda persoalkan pada mereka-mereka yang punyai kapasiti dan berkepentingan ini

Isu Kedua, APCO. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran hujah dan bukti yang telah diajukan oleh Anwar Ibrahim, tapi sehingga kini mengapa ianya tidak dijawab oleh Najib.
(1. Penjelasan APCO-1 , 2. Penjelasan APCO-2, 3. Dokumen Perjanjian)
Dan kerana ianya diangkat di dalam Dewan Rakyat, mengapa Najib tidak hadir ke Dewan Mulia itu untuk menjawab isu yang saya kira anda semua setuju ianya adalah penting yang melibatkan keselamatan negara dan sensitiviti saudara-saudara kita terutama di Palestin! Mengapa agensi-agensi penerangan kerajaan dan akhbar-akhbar kerajaan dilihat cuba sekali lagi menyepikan isu ini?! Yang di'highlight' adalah Anwar menuduh, Anwar akan dirujuk pada jawatankuasa hak dan kebebasan.. dll.. Sebagai Ketua pembangkang yang 'menuduh' isu ini dan telah pun membawa kenyataan dan rekod bukti di Parlimen, mengapa Najib sebagai Ketua kerajaan tidak jawab di Parlimen? Mengapa kerajaan "rakyat didahulukan" takut untuk ke dewan rakyat untuk mempertahankan isu kepentingan rakyat?! Sekali lagi, sungguh aneh lagi meragukan.

Jadi, jangan benarkan mereka meneutralizekan dan membeku minda anda yang segar...

Wallahu'Alam
Milestone

1 comments:

Anonymous said...

Syabasss Milestone...berikan terus penerangan pada rakyat Malaysia tapi sebaik nya yang berada dalam pendalaman kerana ade yang tidak punyai IT so mereka2 ini susah mendapat kan maklumat2 yang betul.Kami rakyat luar sentiasa perihatin akan kemelutan yang berlaku di Malaysia.Semoga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan dalam memperjuangkan kebenaran yang telah padam di Malaysia.Amiiinn..