Monday, January 11, 2010

Empunya NAMA...?

Assalamualaikum warohmatullah..

Saya melihat isu nama ALLAH ini boleh dilihat dan ditafsirkan dari pelbagai sisi, ruang dan peluang, yang mana di situ juga timbul pelbagai andaian, sentimen dan kemungkinan yang tidaklah boleh ditolak begitu sahaja... Oleh kerana saya bukanlah penulis professional, maka saya tidak mahu senaraikan segala yang serb-serbi berkemungkinan itu... dan saya ingin biarkan saudara2 yang menghujahkannya, jika mahu...

Bagaimanapun, saya selesa sahaja untuk meletakkan pendirian saya ke tengah untuk diterima, ditolak mahupun dihujahkan..

Pertama-tamanya, isu ini sebenarnya tidak patut sampai ke tahap ini. Jika ada soalan mengapa ianya boleh 'terlanjut' sehingga begini, sila fikirkan dan bertanya "pada yang berkemampuan" untuk 'manage' isu ini sejak dari awal lagi? tidak boleh atau tidak mampu atau...

Mungkin "empunya nama" lebih Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui..

Saya ingin mula menjinakkan hati,perasan,benak dan fikiran saya supaya masalah ini dijawab dgn cara dan kaedah yang dituntut oleh "empunya nama", ketepikan sentimen, ketepikan ketidak selesaan dan kecanggungan. Soalan yang terpenting dan patut didahulukan ADAKAH "EMPUNYA NAMA" membenarkannya? Apakah posisi isu ini dari sudut hukum syariat?

Dan kerana saya percaya, dgn segala kemampuan yang terbentang didepan mata, hati mahupun fikiran, kita mampu sahaja menongkah "arus ilmu" untuk mendapatkan jawapan di atas, maka saya suka juga tinggalkan soalan ini untuk saudara2 semua..

Bagaimanapun, kita sebagai umat dibawah menunggu2 'perutusan' majlis fatwa akan hal ini.. Jika HARAM, maka mengapa tidak "diurus" sejak awal isu ini untuk diharamkan.. Jika TIDAK HARAM (wajib,sunat,harus,makruh) mengapa tidak membuka jalan,mendidik,"mengenal pasti", mempromosi supaya seluruh umat mengerti dan tidak perlu jadi hingga ke saat ini (membakar rumah ibadah orang lain)?

Sebagai individu yang menghadapi dan akan terus menghadapi gelombang kerterbukaan dunia lewat zaman ini, saya sangat berpendapat, isu ini perlu didialogkan secara ilmiah dan rasional oleh ulama2 mewakili umat islam dengan paderi2 yg mewakili rakan kristian, untuk "diurus" secara bijaksana dan berhikmah. Dan segala keputusan yang diputuskan, mestilah diturunkan secara sistematik dan menyeluruh kepada umat2 dibawah; dgn kesungguhan dan keikhlasan, insya-ALLAH "empunya nama" akan memberi petunjuk yang lebih wajar untuk sama-sama menjumpai jalah keluar yang lebih harmonis dalam kita mengharungi realiti hidup dalam sebuah bumi bertuah bernama MALAYSIA.

Terkemudian nanti, sekiranya dibenarkan "empunya waktu, masa dan kelapangan", saya suka juga berkongsi isu ini dari sudut politik, insya-ALLAH

Wallahu'Alam

0 comments: