Tuesday, January 5, 2010

Sekadar Pendapat Longgar... Isu Penggunaan Nama ALLAH

Salam,

Secara peribadinya setelah membaca beberapa artikel dan diulang beberapa kali pada info yg penting, sbg 'bukan' pakar dalam ilmu agama, saya lebih selesa utk ingatkan diri saya perkara ini adalah masalah 'agama' dan AMAT TIDAK WAJAR mana2 pihak menjurus untuk mempertahankannya cenderung kepada sentimen perkauman atau kemelayuan.

Kerana kebanjiran ilmu2 yg mudah didapati pada hari ini, saya amat yakin, sebagai manusia yg waras kita sudah perlu dapat sekurang2nya membezakan antara kebiasaan dan hukum (islam)...

Ringkas pendapat, apa yg saya faham ramai para alim2 islam (termasuk tokoh maal hijrah utk tahun ini Prof. Dr Yusof al-Qaradhawi), tidak membantah penggunaan nama ALLAH dikalangan BUKAN islam, kerana apa yg saya faham nas2 & dalil yg ade lebih dekat utk diletakkan hukumnya sbg HARUS dan ia dibolehkan dan malah telah pun digunakan sejak dahulu dan kini di seluruh bumi ALLAH... cth mudah utk dipahamkan,.. org kristian dinegara2 arab...

yg terbaru dr.MAZA, mengupas isu ini dgn penuh berhemah beserta cadangan
(http://drmaza.com/home/?p=931) sekiranya mahkamah kelak, kekal dgn keputusan ini

Cuma, di Malaysia ini, perkara sebegini diambil kesempatan menjadi sensitiviti kaum!!! Di sini maslahat (kepentingan) dan kebijaksaan utk mahkamah menilai semula keputusan awal yg dibuat ... dan bukan kerana ISLAM melarang atau mengharamkannya pengunaannya! sekiranya kita di didik dan di biasakan, hukum (ISLAM) di dahulukan dan bukan sentimen atau kecanggungan (budaya), pasti tidak ade masalah tetapi cadangan Dr. MAZA dikira perlu diambil perhatian.....

Dan saya juga tidak sanggah sekiranya kita berpendapat dan 'suspicous' kepada tuntutan majalah HERALD ini, tp biar secara objektif dan sekali lagi bukan secara 'sentimen' sempit!

Persoalannya, golongan mcm mane yg kita dapat lihat menarik isu ini menjadi isu politik dan mejuruskannya kedalam sentimen perkauman???!!!
Baik. Sekira benar golongan ini "membela" nama ALLAH dan ingin menegakkan syariat sehingga dilihat bersemangat dgn kain rentang dijalanan, DI MANA semangat 'jihad' mereka dalam isu rasuah? penyelewengan dan penipuan duit public? kehilangan aset penting keselamatan public? menekan pihak berwajib supaya kes2 rogol/liwat mengikut hukum hudud/ta'zir di mahkamah syariah (sbg cth)? mana mereka tatkala kartika bersuara supaya beliau dihukum mengikut arahan 'ALLAH? adakah rasuah/penyelewangan TIDAK HARAM, dan tidak BERAT HUKUM disisi agama 'ALLAH'? tidakkah ambil separuh & buat2 tak nampak separuh lagi ilmu 'ALLAH' itu BERAT HUKUMNYA? dimana juga mereka utk menegur pihak berwajib dgn lambakan majalah/hiburan/rancangan TV/aktiviti yg sangat jelas dan sangat mengheret public kejalan lalai/syirik pd ALLAH??

Kerana itu saya mengingatkan diri dan semua, jgn kita follow 'stand' golongan2 yg hipokrit tahap dewa mcm nie, sanggup berkelakuan begini dalam beragama, dalam berhadapan dgn ALLAH...

Apa pun keputusan Mahkamah dalam isu ini, perlu dilihat positif pada penilaian saya, kerana ianya melibatkan faktor teknikal dan kepentingan penduduk malaysia..

Dan kerana perkara ini, jgn pulak dilupakan perkara BESAR yg lain, melibatkan kepentingan penduduk malaysia jugak dan lebih BESAR IMPAK dan risikonya, hutang PKFZ, kisah barang yg hilang, harga barang2 asas yg naik dan akan naik yg menyebabkan tekanan pada golongan miskin, dan mcm2 KES2 HIGH PROFILE yg melibat kepentingan umum yg mana HARAM hukumnya disisi ALLAH... Ingat pesan Dr.M, jgn jadi "melayu mudah lupa"

Sekadar Pendapat longgar.... Wallahu'Alam

1 comments:

KAMI said...

dan seperti biasa dan diagak, keputusan mahkamah utk tangguh, dan kemudian batal... JUARA & HERO islam & melayu di"highlight" oleh juak2 upahan sebagai UMNO/BN!!!
RUGILAH pada org yg singkat akal tak nmpak taktik & teknik puak tgh desperado politik!!!